Thursday, 22 December 2011

Akhirnya..kami dapat melihat sendiri janakuasa yang berada di Bukit Batu ini...Terima kasih ke pada Pn.Ida Laila dan Cik Masnani kerana sudi menjadi pegawai pengiring kami...Tahniah kepada semua ahli kumpulan industrial visit yang telah bertungkus lumus menjayakan lawatan ini. Love you all...




Seterusnya kami diminta mengambik topi keselamatan untuk mengambik gambar dan akan dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk melihat secara dekat sekitar pencawang utama Bukit Batu ini bermula dari 500KV ke 275KV ke 132KV ke 11KV.
Seterusnya kami dieberi taklimat ringkas oleh En. Harizul Dzarfan Bin Musa, Pengurus Negeri. PMU Bukit Batu dibina berperingkat-peringkat...bermula 7 September 1998 dengan 132KV dan peringkat terakhir pada 26 Februari 2006 dengan 500KV. PMU Bukit Batu ini seluas 120 ekar.
Tepat jam 10 pagi 8.11.2011 kami tiba di Pencawang Masuk Utama Bukit Batu 500/275/132/11KV.
Akhirnya tanggal 8 haribulan 11 tahun 2011. Pukul 8 pagi kami bertolak ke Bukit Batu... Seronoknya... Dalam bas kami mengagihkan roti dan air kepada kawan-kawan pn.ida, cik nani dan pemandu bas...
Kami satu kumpulan berbincang semula... Akhirnya kami bercadang untuk ke janakuasa yang dekat dengan UTHM... Janakuasa Bukit Batu, Kluang, Johor. Harap-harap kali ini tiada masalah..
Satu hari sebelum ke JIMAH..hati kami sekali lagi dilukai... huhuhu.... pihak JIMAH meminta kami menangguhkan lawatan atas sebab-sebab tertentu... Pihak bas UTHM turut mengatakan bas untuk lawatan kami esok tiada.. Pelik sungguh macam mana boleh tiada bas sedangkan kami sudah mengikut prosedur dengan betul, tapi akhirnya tidak ada. Nasib baik pihak JIMAH minta tangguh...